Sharplet's Official Blog
0 give comments | posted at 10:53 PM
Jangan ingat single, tak boleh bahagia.
[hover here]
Korang tahu tahu tak bahawa berkasih sayang tu sweet sebenarnya? Sangat! Tapi berkasih sayang ni tak semestinya dengan berlainan jantina semata-mata. Kalau sebut konteks berkasih sayang ni mesti orang set dalam kepala lelaki dan perempuan, pasangan kekasih. Oh tidak ok. Dah tu orang yang single tak boleh nak berkasih sayang lah? Boleh apa! Dengan kawan pun kasih sayang tu wujud tahu? Ye lah, kita boleh berkasih sayang dengan kawan kita, kawan yang rapat dengan kita. Nak-nak kalau kawan kita tu turut sama seangkatan dari golongan single. Pakej! Bila masing-masing single, masing-masing hanya sibuk dengan diri masing-masing je. Tak sibuk nak fikir hal orang lain.

Sebab tu jangan ingat, bila korang takde kapel, korang kena meratap kesedihan macam nak gila. Duduk kesepian atau stress bagai nak mampos. Duduk dalam selimut sambil peluk bantal busuk dengan rambut mengerbang macam setahun tak pakai perapi. Tak nak tak nak! 


Mula-mula tu boleh la sebab nak baiki emosi dan mood supaya stabil kan. Ye lah, jiwa tengah lara. Bab perasaan ni kadang-kadang kena layan jugak. Pasang lagu rabak segala bagai. Tapi bila dah cukup masa, cukup-cukup lah. Mulakan hidup baru. Ok sayang?

Berbalik kepada tajuk asal. Bila kita single ni jugak. Masa ni la kita akan jadi bertambah rapat dengan kawan kita. Selalu dating sama-sama. Luang masa sama-sama. Tak cakap soal cinta. Heh. Phone pun bebas dari kekacauan deringan phone. Nak keluar tu ikut suka hati je. Dengan keizinan mak dah cukup. Tak payah sibuk-sibuk minta izin dengan pakwe. Time kau kapel, mak kau tak kasi pun, tapi kau duk ikut jugak cakap pakwe kau kan?

Dan dan, bila kita orang yang single, keluar pulak dengan kawan yang single, berbeza dengan apabila kita yang single ni keluar dengan kawan yang kapel. Feel dia lain tahu? Perasan tak? Kau tak single macam mana nak perasan. Contoh la, kalau keluar dengan kawan yang kapel ni. Memang konpem-konpem dah phone dia tu berbunyi. Kena kasi report, kasi peta, kasi gps segala bagai. Lepas tu kalau balik lambat gaduh. Pastu nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh. Kadang-kadang tengah sembang kencang ni, pakwe kawan kau tu duk call, duk sms lah, 3g lah. Jadi tengah syok-syok korang duk sembang ni, jadi tergendala. Potong stim tahu?


Jadi jangan ingat orang yang single ni tak boleh dating. Boleh je! Keluar dating dengan kawan lagi syok. Boleh pegang-pegang tangan tanpa segan silu. Tanpa ada mata-mata yang jelik tengok korang. Tapi kalau lelaki dengan lelaki jalan sambil pegang tangan, memang macam jelik pun kan? Oh indahnya menjadi perempuan. Heh. Tiba-tiba.

Jadi kalau korang single. Berbahagialah korang dengan kawan-kawan korang dengan memupuk perasaan kasih sayang di antara korang. Boleh merapatkan silaturahim. Jangan ingat pakwe/makwe je penting. Kawan tu pun penting jugak. Jangan time sedih, time rabak, time susah je ingat kawan. Time senang ingat pakwe/makwe.


NN : Tak kisah la korang single atau kapel. Kebahagiaan tu tetap ada sebenarnya. :)
Don't worry if you're SINGLE. God's looking you right now.
Saying : "I'm saving this girl for someone special"




Welcome
nye, my name is nina nafisah.sweet 15 nice to meet you :) Stuff Entries

BUNNY

Your tagboard here. Width not max than 200px.
Your Google Friend Connect code here. Max width is 200px.